Thursday, January 12, 2017

TOLAK RIBA....TAPI PINJAMAN BANK TAK DAPAT DITOLAK

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman



RIBA DAN HUKUMANNYA
Riba adalah ‘ziyadah’ atau ‘increment’ atau ‘excess’ pada  perkara tertentu lebih menjurus kepada suatu bentuk lebih yang tidak halal (illegal excess) yang berlaku pada sesuatu jensi kontrak :-
1)      Bayaran Pinjaman Yang Bertambah
Cth: Beri RM1000, minta bayar balik dalam RM1100, maka RM100 adalah riba samada rasa tertindas atau tidak rasa tertindas
Contoh paling popular zaman ini adalah pinjaman wang dengan bank konvensional untuk membeli rumah, pinjaman peribadi, pinjaman modal atau juga pinjaman kereta iaitu pinjaman sebanyak RM100K, 10 % bayar deposit dan 90% lagi dari ‘loan’ bank konvensional. Bank kovensional beri pinjam RM100k yang perlu dibayar dalam jangkamasa 5 tahun dengan pertambahan interest iaitu 4%. Maka 4% itu adalah RIBA. Ada yang menggunakan hujah inflasi bagi menerima interest 4% dengan mengatakan harga RM1 pada tahun 2000 adalah berlainan dengan harga RM1 dalam tahun 2012. (Klik sini untuk baca seterusnya...)

Thursday, December 6, 2012

BAGAIMANA NOSK BERFUNGSI

 
Cara penggunaan NOSK sangat mudah. Pengguna hanya perlu memasukkan sepenuhnya NOSK ke dalam hidung dan tarik nafas kali pertama untuk sesuaikan dengan hidung. Kemudian hembus nafas untuk memastikan kedudukan NOSK tersebut sudah sempurna di dalam hidung. Seterusnya bernafaslah seperti biasa. Anda akan dapat rasa perbezaan kualiti udara yang masuk ke dalam hidung anda selepas memakai NOSK.

Friday, September 7, 2012

PENANTIAN HAJI

     Penantian untuk menunaikan haji selama bertahun-tahun akhirnya semakin hampir. Penerbangan pertama jemaah haji diwartakan pada 17 Sep 2012 ini. Sudah tentu ramai jemaah yang sudah mendapat surat penerbangan, namun masih ramai yang masih menanti surat tersebut. Tentu ada para bakal haji yang terlupa tentang satu perkara iaitu suasan semasa di Makkah sekarang ini yang berhabuk dan berdebu boleh mengganggu kesihatan dan perjalanan haji para jemaah di sana. Bersedialah dengan PENAPIS HIDUNG NOSK, terutama kepada jemaah wanita yang terpaksa memakai kain menutup muka untuk mengelak habuk.Menutup muka sewaktu haji dan umrah bagi perempuan boleh dikenakan dam. Oleh itu berikhtiarlah dengan Penapis Nosk yang ringkas, mudah dan berkesan.Ikhtiar yang dilaksanakan dan wang ringgit yang dikorbankan pasti ada ganjarannya.


Monday, June 18, 2012

HADIAH BUAT BAKAL HAJI & UMRAH 2017

     Musim haji semakin dekat. Jemaah haji yang sudah mendapat surat "confirmation" untuk menunaikan haji pada tahun ini tentulah sudah bersiap sedia dengan kelengkapan barang dan persediaan diri yang mencukupi dengan Ilmu yang mantap, jiwa yang bersih, dan amalan yang istiqamah. Namun sentiasalah diingat akan penjagaan kesihatan. Kita sedia maklum akan suasana pembangunan yang sedang pesat di Makkah, mengundang habuk dan debu yang boleh mengganggu kesihatan jemaah semasa di sana ketika ini. Allah yang maha mengetahui akan kesulitan hamba-Nya telah mengurniakan kita dengan satu teknologi terkini iaitu alat penapis hidung yang ringkas, mudah dan berkesan untuk mengatasi situasi berhabuk dan berdebu. Penapis hidung terbaru ini bukan sahaja membantu jemaah bernafas dengan lebih yakin dan selamat malah sesuai untuk jemaah perempuan yang tidak perlu lagi menutup muka untuk mengelak habuk. Larangan menutup muka semasa ihram bagi jemaah perempuan kini dapat dipatuhi dengan sempurna tanpa perlu risau akan suasana berhabuk yang menggangu pernafasan sepanjang melaksanakan ibadah di Makkah. Ini kerana penapis hidung NOSK hanya menutup bahagian hidung sahaja untuk menghalang habuk dari memasuki hidung dan sistem pernafasan.


Oleh itu sangatlah digalakkan kepada para jemaah yang akan mengerjakan UMRAH dan HAJI agar melengkapkan diri dengan penapis hidung NOSK ini sebagai salah satu ikhtiar dalam penjagaan kesihatan semasa beribadah di Makkah. Sekiranya ada di antara ahli keluarga atau sahabat handai kita yang akan menunaikan haji atau umrah pada tahun ini, hadiahkanlah mereka dengan alat penapis hidung NOSK ini. Mudah-mudahan dengan pemberian ikhlas itu kita juga akan turut mendapat ganjaran daripada Allah pada setiap saat mereka bernafas.

TESTIMONIAL
YBhg. Dato Hj Md Daud Che Ngah, Pengerusi Eksekutif, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
“ Sesuai untuk jemaah haji dan umrah. Usaha dan ikhtiar yang praktikal pencegahan dari penyakit berpunca dari udara tercemar dan berhabuk, mengurangkan batuk dan bersin. Sesuai dipakai oleh wanita dalam Ihram kerana tidak menutup muka.”

...